SJK (T) LADANG BATU HAMPAR

Calender Acara

« January 2012 »
Mo Tu We Th Fr Sa Su
26 27 28 29 30 31 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31 1 2 3 4 5

Berita Terkini

 

Gambar dan Sejarah sekolah

Sat, January 28th 2012

  SJK(T) Ladang Batu Hampar telah ditubuhkan pada tahun 1947. Jumlah murid-murid seramai 93 orang. Murid-murid ini dari Ladang Batu Hampar dan kawasan sekitar Rembau..

 

  Murid-murid SJK (T) Ladang Batu Hampar telah meningkat dari tahun ke tahun. Pencapaian akademik juga telah meningkat. Seorang murid tahun 6 yang bernama Nithya Kalyani telah memecah rekod murid tahun 6 yang mendapat 4A pada tahun 1999, dengan mendapat 6A dalam UPSR pada tahun 2004 dan seterusnya Subramaniam 7A pada tahun 2005. Pada tahun 2006 Puan Rajamah a/p Kumaran memegang jawatan sebagai Guru Besar dan menjalankan tugasnya dengan sepenuh insiatif sampai sekarang. Seramai 12 orang Guru berserta dengan Guru Besar yang sedang berkhidmat di sekolah ini.

 

  Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang menduduki UPSR tahun 2007. Anda telah membuktikan bahawa segala pengorbanan yang anda lakukan selama ini telah membuahkan hasil. Tahniah juga kepada semua guru yang mengajar Tahun 6 khasnya dan semua guru SJK(T) Ladang Batu Hampar amnya yang telah bersama-sama mengembeling tenaga dan usaha ke arah menghasilkan keputusan yang amat membanggakan pada tahun ini. Dengan keputusan yang telah diumumkan, SJK(T) Ladang Batu Hampar telah menunjukkan satu peningkatan yang amat menggalakkan. Semua ini berkat kesungguhan dan keikhlasan semua warga SJK(T) Ladang Batu Hampar dalam mencapai kecemerlangan, disamping sokongan padu daripada ibubapa khasnya PIBG yang sentiasa memberi bantuan dari segi kewangan dan moral dalam usaha melahirkan anak-anak yang cemerlang.

 

 

 

 

 

" Sekolah yang menuju ke arah visi 2015"